PENGENALAN KEPADA SISTEM PENYEJUKAN
Sistem penyejukkan didefnisikan sebagai proses pemindahan haba dari satu tempat yang tidak diperlukan kesatu tempat yang memerlukan. Haba yang tidak diperlukan pada suatu tempat, ruang ataupun bahan perlulah dipindahkan untuk menjadikan sesuatu tempat, ruang ataupun bahan menjadi sejuk atau nyaman. Proses ini dipanggil “refrigerated cordinarily” ( hukum penyejukan ) dimana haba akan dipindahkan dari tempat yang panas ketempat yang sejuk. Refrigeration ditakrifkan sebagai satu proses menjadikan sesuatu itu sejuk. Manakala sejuk pula boleh ditakrifkan sebagai suatu keadaan tanpa haba. Oleh sebab itu, refrigeration ialah proses pemindahan atau pembuangan haba dari satu bahan samada pepejal , cecair, mahupun gas.
APA ITU HABA ?
Haba ialah suatu bentuk tenaga yang tidak boleh dimusnahkan tetapi ia boleh dipindahkan dari satu tempat ke suatu tempat yang lain. Haba berpindah dari suhu yang tinggi kesuhu yang rendah. Haba dapat dipindahkan melalui tiga cara iaitu pengaliran, perolakan dan sinaran.
HABA
Haba ialah sejenis tenaga yang tidak dapat dibentuk atau dimusnahkan. Haba dapat diperolehi dengan menukarkansatu tenaga kepada satu tenaga yang lain. Haba boleh dibahagikankepada beberapa kelas, iaitu haba eletrik, haba mekanik, haba nukleus, haba suria dan haba kimia.
Contoh :
a. Tenaga elektrik ditukarkankepada tenaga mekanik atau tenaga sawat bagi menggerakkan ‘compressor’.
b. Tenaga suria boleh menjalankan sistem penyaman udara suria.
c. Tenaga mekanik boleh menjalankan sistem penyaman udara kendaraan.
Haba berpindah dari satu tempat kesatu tempat atau dari satu bahan kesatu bahan lain melalui berbagai-bagai cara. Proses pemindahan haba berlaku dari suhu yang tinggi kesuhu yang rendah dan berhenti apabila suhu kedua-duanya seimbang.
Cara haba berpindah.
a) Pengaliran
b) Olakan
c) Sinaran.
Pengaliran
Haba berpindah dari satu benda atau bahan yang sama atau dua benda yang bersentuhan. Contohnya : Plat keluli lembut yang dipanaskan dengan menggunakan api kimpalan gas. Pada peringkat awalnya hanya tempat yang terkena api sahaja yang akan panas. Tetapi lama kelamaan keseluruh plat tersebut akan menjadi panas.
Olakan
Olakan adalah pergerakan molekul-molekul apabila menyerab haba. Molikul-molikul yang dipanaskan akan mengembang dan lebih ringan daripada molikul sejuk. Apabila berkeadaan ringan molikul itu akan naik dan apabila berat, molikul itu akan tinggal dibawah. Olakan berlaku apabila cecir atau gas dipanaskan atau disejukan.
Sinaran
Sinaran adalah proses pemindahan haba secara terus tanpa melalui perantaraan dari bahan bersuhu tinggi kepada bahan bersuhu rendah melalui ruang udara yang kosong. Contohnya : sinaran cahaya matahari yang memancarkan kebumi. Bahan-bahan yang terdedah kepada cahaya matahari akan menjadi panas. Adakalanya bahan yang terkena cahaya matahari ini akan terbakar.
Unit-unit ukuran haba.
a) Unit imperial, yang menggunakan sukatan unit haba British (‘BTU’)
b) Unit metrik, yang menggunakan sukatan dalam unit kalori dan joule.
Unit Haba British (British Thermal Unit) Unit ini lebih dikenali dengan ‘BTU’. Berat dikira dalam sebutan paun dan suhu disukat dengan darjah Fahrenheit. Btu bermaksud jumlah kandungan haba yang diperlukan bagi menaikkan suhu 1 lb air pada 1°F.
Unit Metrik
Unit metrik terdiri dari dua ukuran, iaitu unit kalori dan unit joule. Dalam unit kalori, berat dikira dalam gram atau kilogram. Suhu pula disukat dalam darjah Centigrade. Gram kalori bermaksud 1 gram air memerlukan kandungan haba 1 gram-kalori untuk menaikkan suhu sebanyak 1°C.
Berat unit joule dikira dalam gram atau kilogram. Suhu pula disukat dalam darjah centigrade. Kilojoule bermaksud 1 kilogram air memerlikan kandungan haba 4.187 KJ untuk menaikan suhu sebanyak 1°C.
PERSAMAAN :
746 WATT = 1 KUASA KUDA
1 K.K = 0.746 KILOWATT
1 Kw = 1.34 KUASA KUDA.
Pertukaran ‘Btu’ , Kalori dan Joule
1 ‘ Btu ’ = 252 kalori
1 ‘ Btu ‘ = 0.252 Kilokalori.
Ulasan
Catat Ulasan