TEORI PEMASANGAN AIR COND

AIR CONDITION 

PEMASANGAN INDOOR DAN OUTDOOR UNIT SPLIT AIRCONDITIONING 

PEMILIHAN LOKASI 

Indoor unit 

  • Pastikan anda tahu lokasi yang sesuai dan cuba selidiki bahagian yang sesuai . 
  • Pastikan lokasi dipilih mempunyai peredaran udara. Pastikan jarak peredaran udara dapat menjangkau dengan baik dalam bilik. 
  • Pastikan lokasi yang dipilih mudah untuk air buang (drain pipe ) 
  • Jarak paip air buangan hendaknya sependek mungkin dan air yang dibuang tidak menganggu jiran . 
  • Pilihlah lokasi dimana mudah pemasangan atau penyelengaraan dilakukan . 
  • Pilihlah lokasi yang tidak menghadap matahari secara langsung. 
  • Pilih lokasi dimana angin keluar dari diffuser dan angin kembali melalui grill tiada galangan. Sekiranya ini berlaku dihadapan diffuser, keupayaan sistem akan terganggu dan kalau dibiarkan ia akan menyebabkan operasi litar kawalan akan terganggu.
  • Dinding yang hendak dipasang unit mestilah kukuh dan tidak menganggu peralatan yang lain. 
  • Tinggi unit dalam mestilah melebihi paras ketinggian kepala atau lebih tinggi bagi unit ceiling mounted. 
  • Pilih tempat dimana bunyi dari unit penyaman udara tidak menganggu. 
  • Jangan pasang unit berdekatan dengan pintu. 
  • Pastikan terdapat ruang diantara unit dengan dinding, siling dan lantai .

Outdoor unit. 
  • Lokasi pemasangan untuk unit luar mestilah dipastikan angin panas dari pemeluwap tidak menghala kerumah jiran. 
  • Cuba jauhkan pemasangan unit luar sejauh mungkin dari rumah jiran dan kalau perlu jadikan satu ingatan penting iaitu lagi jauh kedudukan unit luar lagi kurang bunyi bising kedengaran. 
  • Jika penghadang untuk melindunginya dari pancaran matahari atau hujan dipasang , pastikan tiada halangan bagi proses penyingkiran haba di condensor. 
  • Pastikan tiada binatang dan tumbuhan terjejas oleh penyingkiran haba tersebut. 
  • Pastikan tiada halangan yang menyekat penyingkiran haba. 
  • Jangan dipasang terlalu rapat kedinding. 
  • Jika jumlah outdoor yang banyak dipasang pada satu tempat, pastikan jarak diantara satu dengan yang lain tidak terlalu rapat. Untuk mengelakan kepanasan melampau dan kesukaran kerja-kerja service. 
Menasang pada siling.( ceiling type ) 

  • Ukur dan tandakan tempat untuk memasang bolt gantung dan lobang paip. 
  • Dengan menggunakan drill, buat lobang pada siling untuk nat penambat.
  • Gunakan drill teras Ø 70 untuk lobang paip. Lobang harus condong sedikit kesisi luar dinding 
  • Pasang nut serta washer pada bolt gantung. 
  • Pasangkan bolt gantung pada nat nat penambat. 
  • Pasang kan pendakap pemasangan ke bolt gantung dengan menggunakan nat, sesendal dan sesendal spring 
  • Pasangkan dua cangkuk kependakap pemasangan dengan kukuh.
Memasang pada dinding ( wall mounted type ) 

  • Ukur dan tandakan tempat-tempat untuk lobang paip dan pendakap dinding. 
  • Tebuk lobang pada dinding untuk pemasangan nat penambat. 
  • Buatkan lobang paip pada dinding dengan menggunakan drill teras Ø 70 
  • Pasangkan pendakap dinding dengan menggunakan 4 bolt M 10 X 50, sesendal dan sesendal spring. 
  • Pasangkan 2 butir bolt pelaras pada pendakap pemasangan. 
  • Kukuhkan posisi pendakap pemasangan 2 butir bolt M12 X 25,sesendal dan sesendal spring . 
  • Pasangkan 2 cangkuk pada pendakap pemasangan dengan kukuh. 
Kaedah pemasangan indoor unit pada ceiling installation bracket 

1) Tanggalkan intake grille 

  • Tarik sisi kiri dan kanan bahagian atas intake grille sehingga ianya condong kehadapan. 
  • Tarik keluar air filter dari intake grille.
  • Tanggalkan skru yang berada ditengah bahagian atas intake grille, dan tanggalkan pemegang pada pada sisi kiri dan kanan. 
  • Tarik intake grille kearah atas untuk menanggalkan kedua-dua tab bawah daripada lubang alur masing -masing 

2) Pasangkan indoor unit pada ceiling installation bracket 

  • Pasangkan bebibir atas pendakap gantung ( hanging bracket ) unit pada cangkuk dan laraskan dengan menggunakan tolok aras. 
  • Memasang pada siling , laraskan nenggunakan bolt gantung. 
  • Memasang pada dinding , laraskan menggunakan bolt pelaras. 
  • Pasangkan bebibir bawah pendakap gantung kepada unit dengan menggunakan cangkuk. 
  • Pasangkan unit keatas pendakap pemasangan dengan menggunakan 4 butir bolt M8. 
Penyediaan sistem pemaipan. 

1) Pemotongan cooper tube. 
  • Ukur jarak antara unit indoor dan unit outdoor. 
  • Potong paip dan pastikan paip yang dipotong lebih panjang dari jarak yang diukur. 
  • Pasti ukuran dan sais bersesuaian dengan nat pada unit. 
  • Buangkan serpihan pada tepid an permukaan cooper tube. 
  • Semasa mencuci, halakan tube kebawah supaya serpihan tidak masuk kedalam tube. 



Pengembangan ( flare ) cooper tube

  • Buat pengembangan ( flare ) pada kedua-dua saiz cooper tube. 
  • Masukkan tube kedalam lubang flaring tool mengikut saiz tube, dengan menggunakan nat pengembang ,lakukan pengembangan tube. ( Hujung tube keluar 0-0.5 mm dari permukaan flaring block.

Ulasan

Catatan Popular